BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 21, 2010

Dugaan

Ehm.. Perasan tak?
Mesti ada satu masa dalam hidup anda.. (Kenapa jadi macam ni,ek??)
Dan ada ketika nya, tiba-tiba anda rasa masalah datang menimpa-nimpa.. bak kata pepatah 'dah jatuh di timpa tangga'

Inilah yang saya rasakan sekarang. Macam mana yer ingin saya letakkan dalam satu ayat tentang masalah saya ini..

Saya rasa tidak tenteram. Dan saya rasa asal-usul ketidaktenteraman itu juga berpunca dari saya.
Sejak akhir-akhir hubungan saya dengan Allah semakin jauh.. Astagfirullah hal azzim..
Ingin saya memberitahu agar saya dapat menyedari dan juga bersedia untuk berubah. InsyaAllah.
Saya sudah jarang melakukan amalan2 sunat yang dapat mendekatkan lagi saya kepada Allah s.w.t. Malah saya juga telah lama tidak mengikuti sebarang halaqah. Ingin saya Berubah. Pernah saya dengar ' jika kita mendekati-Nya dengan berjalan maka Allah akan mendekati kita dengan berlari'. Maka saya ingin mendekati-Nya, mencintai-Nya dengan sepenuh hati saya.

Saya juga mempunyai masalah dengan hubungan sesama manusia. Bagaimana ya.. Lebih mudah mengatakan saya sudah serik atau lebih tepat lagi susah meletak kepercayaan kepada orang lain. Ini bukan disebabkan atau berpunca daripada orang lain tetapi saya sudah tidak mahu disakiti. Meletakkan kepercayaan kepada seseorang adalah sesuatu yang sukar bagi saya dari dahulu lagi. Orang kata sebab tu kurang kawan. Entahlah. Mungkin saya akan berubah. Siapa tahu pengalaman akan datang akan mengajar saya erti kepercayaan yang sebenar.

Saya dah nak final exam. Masalah pula timbul satu persatu. Tapi saya rasa kena relaks kan diri dulu. Dugaan memang akan datang. Cuma cara kita mengendalikan nya sahaja yang berbeza.
Malah dugaan yang diterima sebenarnya bergantung kepada kemampuan kita.
Jadi apabila datang dugaan... Ucapkan syukur kepada-Nya. Itu satu cara Allah menyedarkan kita supaya sentiasa berada di landasan-Nya.

Bersama mengingati dan mencintai Allah.
InsyaAllah segala dugaan menjadi mudah..

0 comments: